Polis telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap suami pelakon, Serina Redzuawan, 39 yang juga seorang pegawai polis kerana tidak membuat permohonan untuk berkahwin kali kedua.
Siasatan dibuat Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) selepas bekas isteri pertama Meor Mohammad Aidid, 35, seorang pegawai berpangkat inspektor itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak pada Mac lalu.